Program Internet Safe & Jom Membaca Perpustakaan Desa Tambun Tulang Advokasi & Asas Keusahawanan

24 April 2024 | Aktiviti Terkini

NADI Rpa Arau telah Dijemput untuk bersama-sama menjayakan Program Internet Safe & Jom Membaca. Bertempat di Perpustakaan Desa Tambun Tulang dan seramai 33 orang peserta yang hadir dalam menjayakan program. Beberapa NADI sekitar juga turut membantu dalam menjalinkan usahasama dengan Agensi terlibat seperti Perpustakaan Desa Tambun Tulang dan Tabika Islam Tambun Tulang.

Program ini juga bertujuan mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan LANGKAH AWAL selama 10 MINIT, sebagai tanda KOMITMEN semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan. Bersama kita semarakkan amalan membaca agar menjadi budaya rakyat Malaysia.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali